BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 3, 2012

bila dia sendirian!

salam chenta hatiku... 
entry kedua di tiga april dua ribu duabelas... awas.. entry ini merupakan entry C&P untuk perkongsian bersama. diambil dari  status salah sorang teman kat fb... mybe mendanye dah lama.. tp ia sgt berguna! nilai seorang insan.. peka lah terhadap orang yg rapat dgn anda.. mgkin dia sedang ditimpa musibah... 

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

0 yg prihatin: