BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Related Posts with Thumbnails

Friday, January 27, 2012

Tanda-tanda anda jatuh cinta

salam chenta hatiku...
pic kat bukit merah... jalan2 mencari cinta.. hahahah
aq pun xfhm knpa aq nk post jugak entry ni... rasanya ramai yg dh pnh bace.. tp nth la.. tetiba aq rasa aq sedang melalui semua senarai di bawah...dengan sorang insan yg dah buat hidup aq tak keruan sekarang..
mybe aq je yang rasa suma nie... 
ape pun aq selalu berdoa... agar aq dapat miliki cintanya suatu hari nanti... 
jom usyar tanda2 aq jatuh cinta... 
p/s: entry ni di kopipes dari fb sorang teman...
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

0 yg prihatin: